Mukhtasar Asmaul Husna Infografik

Saya ingin memperkenalkan buku baru tulisan Ustazah Asma Harun bertajuk
Mukhtasar Asmaul Husna Infografik
Buku ini setebal 376 mukasurat dan dicetak berwarna istimewa kepada para pembaca.
Sempena Hari Kelahiran Ustazah Asma Harun, harga asal buku ini RM 50, promosi bulan ini hanya RM 40 sahaja sebuah.????
Apa yang terkandung di dalam buku ini?
Semakin mendalam kita mengenal sesuatu, semakin membenih cinta berkualiti. Begitulah cinta hamba kepada sang llahi, semakin kita mencari tahu tentang-Nya, semakin mekar dan subur erti kehambaan yang diimani.
Asmaul Husna adalah nama-nama mulia yang disandarkan kepada Allah SWT sesuai dengan yang disebutkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Mengenali keindahan nama-nama ini:
✅Kita menikmati IBADAH dengan mengenali Tuhan yang disembah.
✅Kita ber-AKIDAH dengan kefahaman yang bertambah.
✅Kita memperkuat keyakinan dalam hati melalul kemanisan ibadah yang bercambah.
Kupasan Asmaul Husna dalam Mukhtasar Asmaul Husna Infografik ini berkisarkan:
✅Aspek dalil yang menjadi sumber nama Allah SWT.
✅Aspek bahasa yang memberikan maksud dan kefahaman makna.
✅Fakta penting yang berkaitan seperti jumlah kalimah itu disebut dalam Al-Quran, nama-nama yang selalu digandingkan dan sebagainya.
✅Pandangan daripada para ulama mengenai nama yang dibincangkan.